PENGENALAN
Praktis mental juga merupakan satu kaedah yang berguna semasa mempelajari sesuatu kemahiran motor. Dalam kaedah ini, pelajar akan berfikir mengenai kemahiran yang dipelajari, meraptaikan sekuen-sekuen lakuannya di dalam minda, seterusnya membayangkan melakukan aktiviti tersebut dengan jayanya; contohnya membayangkan sekuen pergerakan semasa memenangi suatu pertandingan gimnastik peringkat kebangsaan. Persoalannya adakah kaedah ini akan membantu pembelajaran motor ?
Semasa melatih mental, tindakbalas neural dan maskular digerakkann. Konsep latihan mental mungkin lebih mudah difahami sekiranya dia dianggap sebagai latihan tanpa gerak atau latihan dalaman.
Pada suatu ketika para saintis masih ragu tentang keberkesanan praktis mental dalam membaiki lakuan motor. Bagaimanapun terdapat beberapa eksperimen yang telah menunjukkan bahawa praktis mental sememangnya menghasilkan pembelajaraan motor (Schmidt, R.A., 1991). Rajah 1 daripada Rawlings, Rawlings, Chen & Yilk (1972), menunjukkan bahawa kumpulan yang melakukan praktis mental belajar hampir sama banyak dengan kumpulan yang hanya melakukan praktis fizikal dan belajar lebih banyak daripada kumpulan yang tidak melakukan praktis mental langsung. Kajian lain pula menunjukan bahawa penggiliran secara rawak antara praktis mental dan praktis fizikal akan menghasilkan hasil yang lebih efektif daripada melaksanakannya secara blok.
FUNGSI PRACTICE MENTAL
ii) penggunaan yang lebih berkesan dapat dilakukan apabila kemudahan penglibatan secara berpasukan dengan menggunakan peralatan terhad. Semasa menanti giliran untuk latihan seterusnya, seorang murid dapat menggunakan masa itu untuk latihan mental pada dirinya.
Latihan mental dapat memperbaiki prestasi dan persembahan ahli sukan mengurangkan kesilapan dan
Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa semasa praktis mental dilakukan, terdapat kontraksi pada otot-otot yang terlibat, tetapi dalam jumlah yang sangat kecil berbanding dengan lakuan sebenar. Perlakuan ini akan dikesan oleh saraf pusat, menghasilkan praktis mental, walaupun tanpa pergerakan ketara oleh tubuh. Corak elektrikal yang dikesan melalui EMG (electromyogram) menunjukkan bukti bahawa terdapat sedikit aktiviti otot semasa praktis mental. Bagaimanapun EMG ini tidak sepadan dengan EMG semasa lakuan sebenar aktiviti menyebabkan kesukaran bagi memahami bagaimana aktiviti elektrikal ini dapat meningkatkan pembelajaran motor.
Pendapat juga mengatakan bahawa latihan mental dapat mengurangkan jumlah latihan dalam sesuatu pembelajaran. Lanjutan jangka masa latihan mental sebelum sesuatu aktiviti tidak dipergunakan lagi dan ia akan lebih berkesan jika diadakan selepas pengalaman yang mencukupi semasa aktiviti fizikal. Praktis mental mungkin memberi kesan pada beberapa tempat dalam sistem motor, seperti yang ditunjukkan dalam model konseptual pada rajah 2. Mana-mana atau beberapa hipotesis tadi boleh menyatakan kemahiran praktis mental dengan betul menggunakan model ini. Apa jua hipotesis serta penjelasan yang diberi, ianya jelas terbukti
PENGGUNAAN PRACTISE MENTAL
Jurulatih patut menggalakkan semua pemain merancang apa yuang mereka akan lakukan jika situasi tertentu terbit semasa permainan. Jika pemain telah menimbangkan semua kemungkinan, dia akan bertindak dengan lebih bijak. Jurulatih yang menggalakkan jenis latihan mental atau perancangan situasi akan mendapati pemain-pemainnya melakukan kesilapan yang berkurangan.
Praktis mental tidak boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya bagi mendapat kesan yang optimum. Pelajar perlu diberi instruksi secara berhati-hati dan sistematik, bukannya sekadar disuruh pergi ke mana-mana tempat dan melakukannya sendiri. Pelajar sepatutnya pergi ke tempat yang sunyi dan tenang serta fokus dengan jelas tentang perlakuan yang perlu dilaksanakan. Perbuatan ini sendiri memerlukan latihan kerana bukannya mudah untuk menjadi tenang dan fokus atas arahan.
Pelajar haruslah membayangkan bahawa acara itu sangat hampir, malah segala situasi termasuk warna-warni , bunyi serta lain-lain sensasi semasa acara sebenar perlulah dihayati. Praktis mental ini haruslah dilaksanakan dalam tempoh masa yang sama dengan masa yang diperlukan untuk perlakuan sebenar. Setiap sekuen lakuan yang dibayangkan haruslah jelas dan mengikut sekuen yang terbaik mungkin. Akhirnya, pelajar membayangkan kejayaan dalam aksinya itu, sambil mengelakkan imej-imej kegagalan.
Praktis mental tidak memerlukan alatan, membolehkan ramai pelajar melakukannya pada masa yang sama. Kombinasi antara praktis fizikal dan praktis mental adalah lebih efektif daripada praktis mental sahaja atau praktis fizikal sahaja. Instruktur yang bijak akan mencari jalan untuk menggabungkan kedua-dua praktis tersebut contohnya seperti melaksanakan praktis mental sewaktu rehat antara latihan fizikal yang memenatkan.
Dalam praktis mental, satu tingkat motivasi adalah perlu bagi faedah optimum. Terdapat satu kecenderungan yang kuat untuk individu memikirkan mengenai perkara yang mereka minati mengabaikan perkara yang tidak mereka minati. Seseorang guru atau jurulati mempunyai tanggungjawab mengajar bagaimana mengkonsepkan dengan berkesan dan untuk mengembangkan pemahaman dan kepentingan para pelajar dan atlit-atlitnya.
1 comment:
Casinos Near Casinos Near Casinos in Virginia (By State)
A 수원 출장샵 map showing casinos and other gaming facilities 강원도 출장샵 located near casinos in Virginia, located in 1. Casinos near 부천 출장안마 me 진주 출장마사지 · 2. Best Casinos 영주 출장마사지 Near Me.
Post a Comment