Sains sukan ialah aplikasi prinsip, idea serta pengetahuan sains ke atas aktiviti sukan. Ia merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan jasmani dan aktiviti kokurikulum. Pengetahuan Sains Sukan boleh menjawab berbagai soalan yang sering dibangkitkan :
· Adakah berat tubuh dan ketinggian suatu faktor yang penting
· Bagaimanakah saya dapat mencapai kemajuan dalam teknik sukan saya
· Mengapakah pukulan lob badminton saya tidak sampai ke garis belakang
· Apakah kesan daya tertentu ke atas tubuh saya semasa saya bersukan
· Adakah saya mempunyai bakat dan kemanpuan fizikal untuk menjadi seorang juara
· Bolehkah saya mencapai kepantasan yang lebih baik
· Apakah bentuk latihan yang dapat membantu saya memperbaiki prestasi sukan saya
Sains sukan akan dapat membantu anda mendalami pengetahuan anda sebagai peserta atau penonton sukan. Soalan-soalan seperti diatas akan dijawab, dan cara serta langkah-langkah untuk mengatasinya akan dibincangkan supaya pengetahuan dalam bidang sains sukan akan sekurang-kurangnya meningkat yang boleh membantu membuat keputusan yang bijaksana dalam bidang sukan.
No comments:
Post a Comment